JOHOR NAN JAUHAR: Siri Wacana Awam Sejarah Tokoh-tokoh Negeri Johor (Siri Keempat)
Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) dengan kerjasama Jabatan Pengajian Melayu, National University of Singapore (NUS) akan menganjurkan Siri Keempat JOHOR NAN JAUHAR, sebuah wacana awam yang mengetengahkan tokoh-tokoh penting dalam sejarah dan budaya Negeri Johor.
Siri kali ini menampilkan tajuk “Muhammad Said Sulaiman: Bahasa itu Pembangunan” yang akan disampaikan oleh Dr. Azhar Ibrahim, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Melayu, National University of Singapore. Wacana ini akan memperincikan sumbangan besar Muhammad Said Sulaiman dalam pembangunan bahasa, pendidikan dan kebudayaan tanah air, khususnya dalam konteks Negeri Johor.
📍 Tempat: Perbadanan Perpustakaan Awam Johor, Jalan Yahya Awal
📅 Tarikh: 28 Jun 2025 (Sabtu)
🕝 Masa: 2:30 petang – 4:30 petang
🎤 Moderator: W.N Khuzairi
✅ Pendaftaran: PERCUMA
Semua dijemput hadir untuk sama-sama menyelami sejarah, warisan, dan ketokohan intelektual Johor dalam siri wacana yang penuh berinspirasi ini.