Siri Wacana Awam Sejarah Tokoh-tokoh Negeri Johor: Siri Tiga
Perbadanan Perpustakaan Awam Johor dengan kerjasama National University of Singapore (NUS), Karyasama Johor, dan Dewan Muda Johor menjemput orang ramai ke Siri Wacana Awam Sejarah Tokoh-tokoh Negeri Johor: Siri Tiga.
Tajuk: Na Tien Piet dan Syair-syair Johor
Tarikh: Sabtu, 24 Mei 2025
Masa: 2:30 – 4:30 petang
Tempat: Perbadanan Perpustakaan Awam Johor, Jalan Yahya Awal
Penceramah: Dr. Azhar Ibrahim (Jabatan Pengajian Melayu, NUS)
Moderator: W.N Khuzairi
Wacana ini akan menelusuri sumbangan wartawan peranakan Cina, Na Tien Piet, dalam memperkayakan kesusasteraan Johor melalui syair dan penulisan sejarahnya yang bernilai tinggi.